Kerjaya lakonan Along_Eyzendy

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Along Eyzendy terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya sebagai peniup trumpet. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran dalam jurusan muzik di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara).[1] Kerjaya lakonannya bermula pada 2006 menerusi drama penyiasatan CID 3278 terbitan Rosyam Nor menerusi Suhan Movies & Trading, lakonan bersama Allahyarham Faizal Yusup dan Salina Saibi.

Lakonan filem pertamanya ialah pada 2003 menerusi filem arahan Nam Ron, Gedebe yang turut dibintangi oleh Zul Huzaimy dan Soffi Jikan.[4] Pada 2008, beliau berlakon bersama Bienda dan Danny X-Factor dalam filem Budak Kelantan arahan Wan Azli Wan Jusoh.[5] Tiga tahun kemudian, beliau memegang watak sebagai Rosman, seorang pemandu van jenazah dalam filem seram yang meraih kutipan pecah panggung, Khurafat: Perjanjian Syaitan arahan Syamsul Yusof,[6] diikuti oleh satu lagi filem seram, iaitu Karak arahan Yusry KRU.[7]

Eyzendy kemudian bekerjasama dengan Pierre Andre menerusi dua filem arahannnya, Cerita Kita dan 1 Lawan Satu yang kedua-keduanya dikeluarkan pada 2013.[8] Tiga tahun kemudian, beliau berlakon di samping kumpulan Zero dalam filem Lu Mafia Gua Gangster arahan Krishna Roy yang turut dibintangi oleh Jalaluddin Hassan dan Zack Taipan.[9]

Rujukan

WikiPedia: Along_Eyzendy http://www.imdb.com/name/nm5393716/ http://www.gua.com.my/Entertainment/ReviewsMoviesD... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&d... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&d... http://mstar.com.my/hiburan/tengokwayang/cerita.as... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2011/06/05/... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt... http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/along-e... https://www.hmetro.com.my/node/69207